Berkat kesabaran dan doa kepada Allah SWT, Raja Farah sudah membuktikan beliau tidak mandul seperti yang dikatakan oleh orang ramai apabila kini sudah hamil anak pertama bersama suami Iskandar Ismail.
Menerusi portal Utusan Online, Raja Farah akui pihak yang menuduh beliau tidak mampu untuk mendapat zuriat dahulu ada yang datang meminta maaf kepada beliau. Namun, sejak awal lagi sebenarnya Raja Farah sudah memaafkan kesalahan mereka.
Ada yang meminta maaf kerana pernah menuduh saya macam-macam sebelum ini. Bagi saya perkara ini normal semua orang membuat kesalahan. Berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman kepada orang lain juga. Sebab bagi saya yang melalui perkara itu, ternyata bukan mudah untuk diri ini menelan setiap pertuduhan. Kita sebagai wanita cepat sensitif dan emosi kita mudah dipengaruhi.

Itulah, kadang-kadang manusia ini ingat mereka betul dalam segala hal sehingga sanggup menggelarkan seseorang itu mandul. Harapnya segala proses kehamilan Raja Farah akan berjalan dengan lancar. Kami tahu ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah comel anak Raja Farah.